Tuesday, July 23, 2013

Konpom!! Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya digunakan hanya untuk Pakatan Rakyat, bukan Barisan Nasional.

Mana2 calon dn parti yang bertnding membuat apa2 sumbangan berbentuk wang atau hadiah selama tempoh berkempen akan dikaitkan dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Naik muak dah aku ngan Akta Bahagian III Sek 10 nih.. Jelas dan nyata akta ini digunakan hanya untuk Pakatan Rakyat, bukan Barisan Nasional.

Banyak dah contoh bila PR yang buat maka melalaklah juak juak UMNO-BN siap ada yang masuk TV3suku dan Utusan. SALAH, RASUAH, BELI UNDI dan macam macam lagilah dalam skrip tu.

Tapi bila UMNO-BN buat, jangan kata macai2 malah SPR pun x berani nak berbunyi. SPRM pulak kata akan bertindak berdasarkan laporan. Last last, satu apa pun xde.. Gone with the wind bak kata omputih..

Ok, pada SPR ini nak dikira masuk dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya tak sebab dalaam tempoh kempen. SPRM pulak jangan kata tak nampak.. Tak tau lah aku kalau DUIT RAYA x dikira kesalahan.. Hahahhahaaaaaaaaakktuuuiiiihhh!! - Orenji Ren Oren

Orang Kuala Besut Dapat Duit Raya
Untung benar orang Kuala Besut yer, bermula semalam mereka dapat RM 300.00 dan untuk hari raya nanti dapat lagi duitnya.

Perkara ini disahkan oleh sepucuk surat yang dihantar kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi dan Pengerusi JKKK. Surat tersebut daripada Bilik Gerakan Utama BN Jentera Pilihanraya Kecil N.01 Kuala Besut.

Dalam surat tersebut, TPM telah bersetuju di dalam mesyuarat Jentera Pihanraya Kecil N.01 Kuala Besut untuk meluluskan sumbangan hari raya kepada 4 golongan pengundi iaitu warga emas sebanyak RM 800, Ketua Keluarga RM 700, Pemuda RM 600 dan Wanita RM 600.

RM 300.00 telah pun diberi sebagai wang pendahuluan bermula semalam

Gara-gara PRK Kuala Besut pada 24/7/2013 la ni, orang Kuala Besut dapat rezeki terpijak. Lepas ni ramai la akan tuntut duit tu, jangan pula kalau BN kalah, tak jadi nak bagi duit tu pulak.

Jangan pulak pilih-pilih orang kalau nak bagi duit rakyat ni, kena bagi semua la weh, BN ke, PAS ke, semua tu duit rakyat. Bukan duit UMNO.

Pening aku layan MB Terengganu yang pening dalam bab adil ni.

Apa-apa pun rezeki itu bukan BN bagi tapi Allah yang bagi.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment