Wednesday, July 10, 2013

Konflik Mesir : Pendirian pengecut Najib ini memang digemari negara Barat

Kenyataan Najib digemari barat – Ahmad Kassim
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.

Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.

“Isu di Mesir adalah kudeta tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.

“Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia dan Iran yang tegas menolak kudeta,” ujarnya kepada Suara Keadilan.

Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita,” katanya dipetik.

Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah “A 21st-centruy checklist of the new autocrats”, Mark Mackinnon tahun lalu.

“Mungkin Najib pura-pura tidak tahu bahawa Dr Mohamed Morsi dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dan memenangi 51 peratus undi.

“Puncanya ialah sikap tidak demokratik pembangkang Mesir yang gagal memberikan kerjasama dan angkatan tentera yang masih kuat menyokong Hosni Mubarak. Akhirnya kelompok inilah yang ambil kesempatan atas protes yang berlaku, ini yang Najib perlu faham,” katanya.

“Kenapa Najib perlu bersikap terpilih memberi pendapat dalam isu Mesir yang baru setahun diperintah Morsi?” soalnya.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment