Wednesday, July 24, 2013

@KhooPoayTiong .. Panas!! Calon BN akan di PENJARA?

KESALAHAN DIBAWAH AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954, KERANA TUNJUKKAN KERTAS UNDI KEPADA UMUM !!!!!

Masa PRU 13 yang lalu masih segar dalam ingatan betapa pihak SPR telah memberi amaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak mempamirkan atau memberitahu kepada umum siapakah calon yang kita undi.

Segala undi kita adalah sulit dan tidak perlu memberitahu siapakah calon yang kita undi.

Nah!!!!.. rakaman gambar gambar diatas apa cerita?

Rakaman gambar calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN N01 Kuala Besut telah mempamirkan kepada jurugambar dan wartawan yang membuat liputan di Sekolah Menegah Kebangsaan Kuala Besut jam lebih kurang 8.20 pagi tadi sebelum memasukkan kertas undi tersebut dalam peti undi.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi.

Tengku Zaihan yang diiringi isterinya, Siti Salbiah Osman, 34, berpakaian baju Melayu lengkap bersamping berwarna merah manakala Siti Salbiah pula berbaju kurung merah.

Apakah ini membawa erti yang calon BN telah melakukan suatu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954? - Omakkau

No comments:

Post a Comment