Wednesday, July 31, 2013

Khairy Mahu Undur Dari Jawatan?

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin belum memutuskan sama ada mahu mempertahan jawatan pemimpin sayap parti itu pada pemilihan September ini atau sebaliknya.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau juga tidak tahu jika ada pihak yang ingin merebut jawatan berkenaan. "Saya tidak tahu sama ada terdapat calon yang ingin bertanding merebut jawatan itu dan saya juga tidak tahu sama ada saya ingin bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda Umno di Masjid Asy-Syakirin di KLCC.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) pula akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktember ini.

Sementara itu, Khairy dalam ucapannya, berkata Pemuda Umno mempelawa sesiapa sahaja bertanding merebut jawatan dalam sayap berkenaan tetapi mesti berlangsung secara harmoni dan dalam semangat kekeluargaan.

"Kita bertanding seperti adik beradik. Tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita.

"Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia untuk kukuhkan parti. Kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi," katanya.

Jika ramai menawarkan diri bertanding di peringkat sayap dan MT, beliau berkata, ia menunjukkan Umno masih relevan dalam menjadi wadah perjuangan orang Melayu. ~bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment