Wednesday, July 10, 2013

Ketua UMNO BAHAGIAN yg BERAGAMA KRISTIAN mau ahli parti UMNO dibenarkan bertanding merebut jawatan..

Ayoyoyoyo .. itu UMNO sudah BERBILANG AGAMA KA??? Kah kah kah
Pembaharuan Pemilihan UMNO Bukti Pengiktirafan Parti Kepada Akar Umbi
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dilaksanakan dalam pemilihan UMNO tahun ini adalah satu penghargaan daripada pemimpin parti atas kesetiaan anggotanya bersama-sama UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.
Jelas beliau, sebagai parti yang mendapat sokongan daripada masyarakat keseluruhan maka sewajarnya tanggungjawab dalam menentukan pucuk pimpinan juga dikembalikan kepada anggotanya.

“Inilah yang direalitikan oleh UMNO apabila pemimpin atasannya berani membuat perubahan dan bersedia melakukan pembaharuan sebagai satu manifestasi bagi memastikan kesinambungan UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, sememangnya bukan mudah untuk sebuah parti yang besar dengan ahli lebih tiga juta akan mengadakan pemilihan dengan melibatkan ahli-ahlinya di akar umbi namun UMNO berani berdepan cabaran ini.

“Belum ada mana-mana parti politik pun di negara kita yang berani berdepan dengan risiko sedemikian malahan dengan anggota perwakilan yang terhad pun sudah ada insiden pergaduhan dalam dewan sebagaimana yang berlaku dalam PKR di Sabah.

“Dengan kematangan UMNO dan persediaan yang rapi maka tentunya setiap tindakan telahpun dinilai dan diteliti sebagaimana Presiden parti bersedia untuk berdepan dengan anggota perwakilan yang ramai dalam pemilihan terbesar UMNO.”

Persidangan tahunan cawangan UMNO akan bermula pada 15 Julai sehingga 31 Ogos ini yang kemudiannya akan disusuli oleh persidangan peringkat bahagian UMNO.

“Sebagai ahli parti tentunya saya menyokong penuh kepimpinan dan patuh kepada Perlembagaan parti yang memberi laluan kepada mana-mana anggotanya untuk bertanding dan terlibat secara langsung pemilihan ini.”

Pada 2009, pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO Khas. - omakkau

Baca Artikel Berkaitan :
1. Dalam UMNO Pun Ada Ahli Kristian
2. Panas!! Ketua UMNO Bahagian Murtad??.. Hassan Aqidah Pengsan?? Hidup Melayu!!!

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment