Monday, July 15, 2013

KES KUGAN : Kerajaan Persekutuan Melakukan Kesilapan Besar..

KEADILAN mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes A Kugan.

Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N. Indra, yang telah terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya.

Tidak patut seorang ibupun melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan Kerajaan Persekutuan.Rayuan ini juga sekali lagi menarik perhatian terhadap kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan takut, malah fobia, terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban.

Justeru, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat.Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah.

Tujuannya juga agar tragedi seperti kes Kugan ini dan begitu banyak lagi kematian di dalam tahanan – yang menjejaskan nama baik negara – tidak akan berulang lagi.Jelas dan nyata sekali Kerajaan Persekutuan tersilap dalam membuat keputusan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment