Wednesday, July 3, 2013

Kerajaan Selangor beri bonus lagi....

SHAH ALAM- Kerajaan negeri bakal memberi bonus kepada kakitangan pusat khidmat Dun yang mencapai target dalam menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu bertujuan mempertingkat penglibatan masyarakat terhadap program MES selain memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu.

“Kerajaan negeri bercadang memberi bonus kepada kakitangan di pusat khidmat Dun sebagai satu galakkan agar keberkesanan kerajaan prihatin akan dapat dicapai. Jumlah pemberian akan dibincangkan.

“ Program MES ini kita telah mula laksanakan sejak 2008 melalui beberapa bantuan antaranya air percuma, Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), dan yang terbaru insentif perkahwinan kepada belia berumur 35 tahun ke bawah, tidak ketinggalan bantuan untuk golongan warga emas serta banyak lagi program.

“Tetapi, kita dapati adakalanya maklumat program MES tidak sampai kepada rakyat dan kita merencanakan beberapa pendekatan antaranya memperhebat hubungan antara pusat khidmat Dun,” katanya menjawab pertanyaan lisan Hasbullah Mohd Ridwan (Pas-Gombak Setia) ketika sidang Dun, semalam.

Beliau berkata, maklumat dalam portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my akan diperkasakan lagi supaya rakyat sentiasa didedahkan dengan pencapaian dan program yang dilaksanakan. - Sinar Harian

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment