Monday, July 1, 2013

Kenapa Rokok TIDAK DIHARAMKAN?.. Masyuuukkk!!!!

Cukai Rokok RM3.5 bilion
Kota Belud: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengutip RM3.5 bilion cukai rokok yang menyumbang 11 peratus daripada keseluruhan RM32.3 bilion kutipan hasil jabatan itu sekali gus menjadi penyumbang kedua terbesar selepas kutipan cukai kenderaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kegiatan penyeludupan rokok menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira RM2 bilion setiap tahun.

“Saya meminta KDRM mencari kaedah terbaik termasuk memberi penerangan dan pendidikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya dapat membantu membanteras kegiatan penyeludupan rokok.

“Penerangan dan pendidikan berterusan ini penting supaya PBT mampu menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan berisiko yang menjadi laluan masuk penyeludup ke negara ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat 2013 KDRM di Kampung Kuala Abai, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah KDRM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok dan Timbalan Pengarah (Bahagian Penguatkuasa dan Pematuhan) KDRM Sabah, Hamzah Sundang.

Abdul Rahman berkata, pendidikan dan penerangan berterusan kepada PBT dapat membantu KDRM meningkatkan kesedaran rakyat terhadap usaha dan kepentingan membasmi penyeludupan.

“Saya sudah meminta Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Matrang Suhaili memikirkan kaedah terbaik memberi penerangan dan pendidikan kepada PBT seluruh negara mengenai perkara ini.

“Di Sabah, penyeludupan terutama membabitkan rokok sangat berleluasa sehingga menuntut PBT mewujudkan jalinan kerjasama erat dengan KDRM bagi membanterasnya,” katanya.

Menurutnya, dalam perkara ini, PBT boleh membantu kastam melaksanakan undang-undang sedia ada supaya individu yang didapati menjual rokok seludup dikenakan tindakan. - HM

P/s: Seperti juga judi, rokok hanya haram jika tidak dikenakan cukai. Jika dikenakan cukai, maka rokok seperti juga judi berlesen halal untuk rakyat Malaysia. Walaupun kerajaan 1dunia mengetahui mudarat rokok kepada kesihatan, namun memikirkan sumbangan cukainya kepada pendapatan negara, penjualan rokok tetap dijalankan secara berleluasa dengan peningkatan cukai setiap tahun.

Tanpa memikirkan aspek kesihatan, agak-agaknya mengapa rokok elektronik diharamkan penjualannya di Malaysia? - DCM
SUMBER : Klik SINI, SINI dan SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment