Friday, July 5, 2013

Kena beli Utusan lah lepas ni. Hahahaha.

Bukan Senang Nak Dapat Mukasurat 1 Utusan Sheikh…
Tentang murtad, LGBT : Kerajaan digesa supaya tidak sesekali tunduk kepada tekanan pertubuhan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama dalam kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, penentangan terhadap tuntutan itu penting bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara selain tidak mahu umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang dicemari nilai negatif.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mempertahan dan memperjuangkan konsep hak asasi manusia seperti diperkenalkan Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah kira-kira 1,400 tahun lalu yang selari dengan amalan demokrasi moden.

“Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara.

“Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad selain hak mengamalkan kegiatan-kegiatan yang tegas dilarang agama seperti LGBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas itu turut memperjelaskan kepada dewan bahawa Islam merupakan agama universal yang memberi rahmat kepada sekalian alam dan undang-undang agama itu terpakai kepada seluruh umat manusia.

“Umat Nabi Muhammad bukan sahaja penganut Islam tetapi penganut agama lain juga umat junjungan besar Rasulullah.

“Cumanya, umat Islam mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat sementara penganut lain mendapat kebahagiaan di dunia, jadi kesaksamaan Islam itu boleh dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan dasar belia dengan cara sentiasa mencabar mereka melakukan perkara-perkara yang berani selari dengan Islam.

Katanya, pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan program perkembangan belia dilaksanakan menurut agama tersebut.

TERIMA KASIH UTUSAN…sudi letak pemimpin kami di muka pertama. Kena beli Utusan lah lepas ni. Hahahaha. - penyokongpas


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment