Tuesday, July 16, 2013

Kempen PRK dicemari insiden bakar bendera parti

KUALA BESUT - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang masuk hari keempat dicemari dengan kejadian membakar bendera parti awal pagi ini.

PRK Dun Kuala Besut
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membakar bendera BN dan Pas di bulatan Kampung Lampu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada pukul 5.51 pagi, katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan para penyokong parti supaya menjalankan kempen secara professional dan berhemah dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap pihak lawan.

Perbuatan seperti membakar, merosak dan menurunkan bendera parti lawan perlu dijauhi bagi mengelakkan suasana tegang yang boleh menyebabkan pergaduhan, katanya.

Kamaruddin mengingatkan mereka supaya sentiasa mematuhi arahan dan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment