Tuesday, July 9, 2013

"KEDAH AMAN MAKMUR"- JANGAN JADI SLOGAN SYOK SENDIRI

KEDAH TAK PERNAH CEMUIH DENGAN SLOGAN. Slogan, Tag Line dan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP) adalah kata-kata hikmat bagi menyatakan keistimewaan dan kelebihan produk yang ingin dijual.


Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, setiap MB di Kedah mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010".

Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera". Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru “Kedah Aman Makmur”.

Sejak tarikh pelancaran beberapa tinjuan telah dibuat atas initiatif beberapa orang rakan media untuk melihat sejauh mana mesej ini sampai kepada rakyat Kedah. Ternyata masih ramai yang terpinga-pinga ironinya bukan setakat rakyat biasa tetapi terdapat di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih tidak ketahuan tentang adanya slogan ini. Ia mungkin berlegar-legar 'suka sendiri' di kalangan ahli-ahli Exco dan kakitangan pentadbir negeri sahaja.

Pengarah Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hasan menyatakan pihak beliau sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.

"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya di dalam Utusan Malaysia 2/7/ 2013.

Kenyataan umum beliau ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang perancangan media yang strategik sebelum pengumuman dibuat dan ia lebih di lihat sebagai pengumuman ‘adhoc’ seperti melepas batuk di tangga.

Ketika asakkan gelombang BN untuk menguasai kedah sebelum pilihanraya dahulu mereka bangun dengan slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ bagai nak rak digempurnya sana sini. Kini apabila sudah berjaya berkuasa mengambil alih kerajaan Kedah slogan dengan visi yang begitu besar tidak dirasai oleh rakyat. Ianya bagai bisikan di angin lalu sahaja. Malah yang lebih jelas banyak lagi papan-papan tanda yang lokasinya 'prominent' masih terpampang slogan “Kedah Sejahtera”.

Kumpulan media di sekeliling MB, EXCO Penerangan dan jabatan-jabatan yang bersangkutan ternyata gagal memainkan peranan. Samada masih dibuai mimpi atau tidak ambil kisah atau letih dengan slogan atau buta dan tuli tidak pula diketahui.

Jangan sampai rakyat Kedah cemuih dengan slogan demi slogan. Malah yang lebih parah sekarang ialah slogan “Black 505” sedang di dalam proses indoktrinasi untuk mengambil tempat dalam minda dan jiwa rakyat sebagai persediaan pru 14 yang akan datang.

Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment