Wednesday, July 10, 2013

Kalau macam ni punya Penyamun, Kasim Baba pun letak jawatan!!!

PEMBACA budiman tidak perlu menjadi pakar CSI untuk mengetahui betapa kegiatan jenayah di negara kita yang kita cintai ini semakin membimbangkan.

Buka sahaja akhbar atau bersila depan televisyen. Hampir setiap hari anda akan dihidangkan dengan berita jenayah yang pelik, kejam dan meloyakan.

Saya tidak persoalkan niat murni mana-mana pihak, tetapi yang pasti masyarakat di sekitar Seksyen 4 Shah Alam - tidak senang duduk.

Minggu lalu, rakan saya mengadu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, YB Khalid Samad dan Datuk Bandar rumahnya dipecah masuk.

Antara yang ‘dibersihkan’ kumpulan penyamun ialah empat komputer riba, 11 jam tangan, wang RM4,000.

MB dah tahu situasi sebenar, YB dan Datuk Bandar pun dah angguk. Lepas ini Am, seorang ahli perniagaan, harap dan doa rumahnya selamat. Tapi rumah jiran-jirannya dan kawasan lain macam mana?

Kejadian pecah rumah di kawasan Seksyen 4 itu semakin parah apabila siapnya trek riadah bertar, kira-kira tiga bulan lalu, di situ.

Baca Sinar Harian semalam. Pada hari yang sama, macam-macam kes berkaitan dengan serangan, tetak, tembak dan bunuh berlaku di utara, selatan, timur dan barat.

Hari-hari di surau, di rumah kenduri atau di kedai, yang kita dengar ialah cerita kawan-kawan jadi mangsa pecah rumah. Bimbang memikirkan, bila pula giliran rumah kita dipecah masuk.

Sejak trek joging itu siap, lebih kurang 20 kes pecah rumah dan kecurian diketahui berlaku di Seksyen 4. Rumah ahli perniagaan, bekas CEO, pegawai surau, bekas pegawai kerajaan; bilik rumah datuk pun diselongkar.

Ada yang habis kecurian barang-barang berharga yang hingga mencecah hampir RM1 juta - ya sejuta ringgit!.

Ada yang cermin kereta kena pecah, ada yang hilang empat-empat rim dan tayar. Ada yang dicuri di sini, jumpa di Puchong. Itu pun sebab pencuri menggigil dan terbabas apabila terserempak polis.

Bukan salah polis. Masalahnya penyamun tidak pakai uniform. Polis ronda pukul 1 atau 2 pagi, penyamun mula ronda dua jam kemudian.

Ini sudah Ramadan, lagi aktiflah penyamun cengkang mata; untuk kumpul duit raya.

Nampaknya suka atau tidak, kita tidak boleh harap pada polis sahaja. Penduduk kena tubuh pasukan rukun-tetangga dan ronda dari tengah malam hingga ke subuh.

Semalam saya hubungi sahabat saya di Kulim untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-mubarak.

Pembaca budiman mahu percaya atau tidak terpulang, tapi sejak rakan saya tinggal di kawasan perumahan itu 10 tahun lalu, rumahnya dipecah masuk 16 kali - Ya, enam belas!. Tujuh atau lapan kali dia repot, yang lain dia pun dah letih.

Kalau ramai lagi penyamun macam ini, Kasim Baba pun letak jawatan.

Apa pun pihak pejabat MB, YB, Datuk Bandar dan polis perlu adakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 4 secepat mungkin untuk mendapat maklum balas supaya tindakan pencegahan boleh diambil secara berkesan dengan segera.

Akhir kalam, saya doakan pembaca budiman sentiasa sihat dilindungi ALLAH. Selamat berpuasa. - FARUSH KHAN

Polis seharusnya fokus menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku daripada mengganggu ahli-ahli politik Pakatan Rakyat...

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment