Monday, July 29, 2013

Inspektor polis yang dicari, tak pernah larikan diri... eem, Ini cadangan ke Soalan?

Hare Krishnan tak pernah larikan diri, kata isteri
Isteri kepada Insp Inspector S Hare Krishnan berkata, suaminya yang merupakan suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan N Dhamendran tidak pernah melarikan diri dari siasatan.


Shaarmini Balakrishnan memberitahu Malaysiakini bahawa Hare Krishnan tidak kembali bertugas selepas tamat tempoh bercuti pada 15 Jun kerana suaminya itu dimaklumkan telah digantung tugas.

Oleh yang demikian, Hare Khrishan mendapatkan khidmat seorang peguam yang seterusnya menghantar surat kepada polis.

Surat berkenaanm, dakwanya, tidak dijawab oleh polis.

“(Surat berkenaan) semuanya tidak dijawab. Beliau tidak pernah melarikan diri. Peguamnya juga boleh dihubungi,” kata Shaarmini.

Katanya, peguam yang mewakili suaminya itu dari firma Sri Kumar Ganapati and Co.

Menurutnya lagi, Hare Krishnan juga membuat satu kenyataan bersumpah yang didakwa menyatakan bahawa pegawai polis itu tidak bersalah dalam kes Dhamendran. Mk

Inspektor polis terlibat kes kematian Dhamendran serah diri
Hari Krishnan Subramaniam (gambar), Inspektor polis yang dicari selepas dipercayai terlibat dalam kes kematian dalam tahanan, N Dhamendran menyerah diri kepada polis pagi ini.

Pegawai polis yang menghilangkan diri selepas didakwa terbabit dalam insiden itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hal itu.

Beliau berkata, suspek akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok dan dijangka dituduh mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Bagaimanapun, Khalid berkata, polis tidak pernah melindungi anggotanya yang melakukan kesalahan.

“Jika mereka bersalah selepas siasatan dijalankan, maka sedia berdepan dengan hukuman?” katanya kepada media selepas menyerahkan 5,400 kotak biskut raya kepada semua ketua polis negeri di Dewan Perkep di Bukit Aman pagi tadi.

Polis pada 17 Julai lalu menyebar gambar dan butiran pegawai polis itu di laman Facebook mereka, kira-kira sebulan desakan banyak pihak.

Pegawai yang bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah di IPK Kuala Lumpur itu melarikan diri sejak 15 Jun lalu.

Tiga anggota polis - Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari dituduh menyebabkan kematian Dhamendran pada 5 Jun.

Turut dituduh lelaki keempat yang tidak dinamakan yang dipercayai merujuk kepada Hari Krishnan.

Sebelum kehilangannya, Hari Krishnan membuat laporan di balai polis Brickfields menyatakan beliau tidak bersalah tetapi mendakwa diheret dalam kes itu bagi melindungi kepentingan pihak tertentu.

Dhamendran, 31, mati dalam tahanan di IPK Kuala Lumpur semasa direman 21 Mei lalu dan bedah siasat menunjukkan kematiannya disebabkan dipukul menggunakan objek tumpul. - 29 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment