Monday, July 8, 2013

Ini lah BN ... Fatwa dah kata Haram...

Perlu bukti saintifik sebelum haram sisha, e-rokok
Penghisap sisha terdedah bahan kimia yang boleh mendatangkan penyakit.

SEREMBAN - Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.

"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok. Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.

Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.

"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau. - Bernama

Hisap dan Jual Shisha Haram: Jawatankuasa Fatwa Perlis
Kita lihat apa pula fatwa terhadap hisap rokok elektronik atau elektrik yg juga merbahaya
KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, keputusan itu dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa berkenaan kali ke-11 yang berlangsung di Kota Kinabalu, 24 Jun lalu.

“Saya berharap pihak kerajaan negeri serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dapat memantau kegiatan ini dengan serta merta kerana ia dibimbangi menjadi suatu gejala yang tidak sihat untuk jangka masa panjang.

“Kita lihat penggunaan bahan ini sangat popular terutamanya di kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini dan langkah pengawasan perlu diberikan perhatian.

“Saya juga akan menghantar surat kepada pihak kerajaan negeri dan MPK berhubung keputusan majlis fatwa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian sewajarnya termasuk tindakan yang akan diambil jika mendapati mana-mana pihak yang masih berdegil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya berharap MPK dapat menghalang semua aktiviti penjualan shisha kerana keputusan fatwa sudah menetapkan bahawa penggunaannya dalam apa jua bentuk adalah haram dan berharap semua pihak menghormati apa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Perlis pada mesyuarat itu.

Sebelum Perlis, Melaka turut mengharamkan penggunaan shisha di seluruh negeri itu dan berdasarkan rekod kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.

Rokok Elektronik Undang Sakit Kronik
rokok elektronik haram Rokok Elektronik   Menjual Dan Mengedar Akan Di Denda
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, pada dasarnya apa saja kegiatan yang boleh menjejaskan kesihatan, ekonomi dan alam sekitar berpunca daripada tindakan manusia tidak dibenarkan dalam Islam dan ia boleh diklasifikasikan sebagai haram.

“Apa saja yang diketahui dapat memabukkan, memudaratkan diri dan kesihatan adalah haram dan ditegah dalam Islam.

Kita boleh berfikir akan kebaikan sesuatu perkara itu sama ada ia baik atau tidak,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment