Monday, July 29, 2013

"Ini kerja profesional, ia dilakukan oleh sindiket dadah yang berkemungkinan mendapat pertolongan anggota polis.

Cubaan bunuh Sanjeevan kerja profesional, dakwa Rafizi
Rafizi Ramli hari ini mengesyaki cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak dua hari lalu, dilakukan penjenayah profesional.

Tanpa menolak kemungkinan perbuatan itu dibantu polis yang menyalur maklumat kepada sindiket, Pengarah Strategi PKR itu, berkata cubaan bunuh itu bertujuan menghapuskan bukti yang dimiliki Sanjeevan.

"Ini kerja profesional, ia dilakukan oleh sindiket dadah yang berkemungkinan mendapat pertolongan anggota polis.

"Ini cubaan untuk menghapuskan bukti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sanjeevan ditembak dua lelaki Sabtu lalu ketika sedang memandu kereta BMW kelabu di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negeri Sembilan.

Keadaan mangsa yang kini dirawat Hospital Besar Kuala Pilah, dilapor stabil.

Rafizi berkata, Pengerusi MyWatch itu merancang mendedahkan senarai nama anggota polis yang terbabit dalam sindiket dadah pada minggu dan menemuinya untuk mendapatkan nasihat.

"Dia merancang untuk dedah dalam minggu ini, kalau dia mahu dedahkan ia akan beri perspektif berbeza antara jenayah dan kongsi gelap.

"Beliau tidak memberi sebarang angka tetapi mengulangi beberapa kali tentang keseriusan kesalahan tersebut," katanya.

Ditanya sama ada Sanjeevan ada menunjukkan dokumen atau senarai salah laku polis itu, Rafizi berkata Sanjeevan menyatakan dokumen berkenaan sulit dan rahsia.

"Ia adalah dokumen rahsia dan sulit. Sepatutnya kami duduk dan bincang bersama minggu ini. Saya belum lihat dokumen itu lagi," katanya.

Semalam, Rafizi mendedahkan Sanjeevan menemuinya majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berbincang tentang perkara sama.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - 29 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment