Tuesday, July 16, 2013

Ini janji Nazri

Nazri janji tak pinggirkan negeri Pakatan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan meminggirkan negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam industri pelancongan.

Nazri pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di lobi Parlimen hari ini, mengumumkan kerajaan akan bekerjasama dengan negeri yang dikuasai PR, disusuli komitmen janji peruntukan akan disalur sama rata ke negeri dikuasai pembangkang.

"Jika negeri mempamerkan prestasi baik dan sasaran sektor pelancongan dicapai, ia juga menguntungkan saya. Saya tidak akan melayan negeri diperintah pembangkang seperti anak tiri," katanya.

Beliau berkata, sektor perlancongan Malaysia memerlukan kerjasama dengan seluruh negeri tanpa mengira pandangan politik demi memastikan kemajuan sesebuah negara.

"Untuk memastikan pelancongan berdaya saing, kerjasama erat sangat diperlukan antara kedua-dua pihak tanpa mengira fahaman politik demi kemajuan negara," katanya.

Nazri turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bertujuan menyalurkan peruntukan ke semua negeri bagi membantu kerajaan negeri mempromosi aktiviti pelancongan.

"Sesetengah negeri tidak mampu menyediakan produk sebagai tarikan pelancong kerana dihalang oleh peruntukan yang tidak mencukupi. Oleh itu, kita ambil langkah ini," katanya.

Lim pada sidang media sama menyatakan rasa puas hati dengan cadangan itu berikutan keuntungan untuk kerajaan pusat dalam sektor pelancongan diperoleh dan disalur ke semua negeri.

"Tidak kira negeri Pakatan ataupun BN, keuntungan dan cukai masih ke kerajaan pusat dan sudah sampai masanya kita bergerak ke hadapan," kata Lim.

Selepas sidang media, Ahli Parlimen Kota Laksamana, Lai Keun Ban menyerahkan memorandum mengandungi 31,200 tandatangan pelancong dan warga tempatan di Melaka kepada Nazri sebagai bantahan terhadap isu Jonker Walk. - 15 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular