Saturday, July 27, 2013

Hassan Ali masih nak tunjuk jaguh!

JATI tetap tak puashati dengan Joseph Marino
Badan bukan kerajaan Jalur Tiga (JATI) mahu kerajaan mengkaji semula keperluan menubuhkan kedutaan Vatican City di negara ini berikutan kenyataan Dutanya ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengenai isu kalimah Allah.

Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali juga turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Marino yang hanya memohon maaf di atas kenyataan yang dibuatnya mengenai isu kalimah Allah, tanpa menarik balik kenyataan yang menyokong pengunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini serta berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut di masa hadapan.

"Jati berpandangan sekiranya Joseph Marino gagal untuk mengambil tindakan yang digariskan, JATI mendesak supaya beliau dihantar pulang ke Vatican City dan digantikan dengan seorang yang benar-benar memahami perkara-perkara sensitif kepada penduduk negara ini, dan akur dengan etika diplomatik yang lazim dipraktikkan oleh perwakilan asing," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hasan berkata perkara tersebut disampaikannya kepada Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin di Wisma Putra, Putrajaya semalam semasa perjumpaan Hamzah dengan beberapa pemimpin NGO yang lain bagi mendengar pandangan dan pendapat mereka berhubung isu campur tangan Marino.

Beliau berkata Hamzah juga mengambil peluang untuk menerangkan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan berikutan dengan kenyataan Marino itu.

"JATI telah mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyuarakan pandangan mengenai isu tersebut," katanya.

Beliau berkata JATI menyambut baik pelawaan Hamzah untuk mengadakan pertemuan antara NGO dengan pihak Wisma Putra secara berkala bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan hubungan antarabangsa yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan rakyat di negara ini, dan berharap langkah ini akan dicontohi oleh kementerian lain supaya isu-isu yang timbul dapat dirumus mengguna pakai input dalaman. - - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment