Wednesday, July 24, 2013

GempaQ!! Tim Pengerusi SPR kantoi!!! kena tahan di Pusat Mengundi.. SPR dah lupa akta yang depa sendiri buat!!

Penyokong PAS tahan kereta bawa timb pengerusi SPR
Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut hari ini.
Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke Kuala Besut.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

TERBATAL atau TIDAK? SPR dah lupa akta yang depa sendiri buat!!
Pembuka sejarah PRK N01 Kuala Besut, pagi2 calon BN dah buat hal. Calon BN N01 Kuala Besut telah melanggar AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 5 Seksyen 5(2) dan (3) yang membawa kepada 11 tahun penjara dan RM3000 denda. Nah!!!!.. Amek kaaaaaaaaaawww!!!

Rasanya SPR berani tak umumkan PENCALONAN CALON BN DIBATALKAN.. Aku tak pasti samaada SPR hilang cerdik atau calon BN yang kurang cerdik. ~aku tepuk dahi ko ape pun ta dapat nty kang~ Oleh: Orenji Ren Oren

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment