Tuesday, July 16, 2013

GempaQ!! Najib Tergelincir di "REL" Iskandar Malaysia +Video

MP: Projek rel gelincirkan ikrar PM
Pemberian projek rel bernilai RM1 bilion melalui rundingan terus melanggar ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata anggota parlimen DAP.
Tony Pua (Petaling Jaya Utara) merujuk kepada projek yang akan dilaksanakan oleh Malaysian Steel Works (Masteel).

Langkah itu bertentangan dengan janji Najib pada pilihan raya umum ke-13 lalu supaya projek sebegitu dianugerahkan melalui tender terbuka bagi memastikan ketelusan dan membendung rasuah.

"Kami ingin mempersoalkan asas pihak kerajaan telah memilih syarikat Masteel untuk projek rel ini secara rundingan terus. Mengapa kerajaan tidak menjalankan tender terbuka untuk projek sebegini?

"Soalan juga timbul, apakah keperluan untuk menswastakan projek ini jika kerajaan perlu membiayai 70 peratus daripada kos pembinaan melalui pembelian pinjaman mudah," katanya. mk

DAP pertikai projek rel baru Iskandar Malaysia
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempersoalkan kontrak konsesi berbilion ringgit yang ditawarkan kepada sebuah syarikat membabitkan projek Iskandar Malaysia yang dilakukan secara rundingan terus.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan menawarkan kontrak kepada Syarikat Malaysian Steel Works (Masteel) melalui anak syarikatnya Metropolitan Commuter Network (MCN) untuk membina satu sistem rel baru di Iskandar Malaysia melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka dalam perolehan kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan rasuah.

"Akan tetapi kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit masih ditawarkan secara rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka," soalnya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Pembinaan sistem rel oleh syarikat Masteel melibatkan 20 stesen termasuk Kulai,Gelang Patah, Nusajaya, Johor Baru dan Masai.

Pua turut mempersoalkan kredibiliti syarikat Masteel yang dakwanya tidak berpengalaman dalam bidang rel sebaliknya mahir dalam pembuatan dan pembekalan keluli di Malaysia.

"Syarikat ini hanya memperolehi keuntungan bersih RM24 juta pada tahun 2012.

"Syarikat ini juga tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan pengoperasian rel.

"Adakah syarikat ini merupakan syarikat terbaik untuk melaksanakan projek satu bilion ini dengan batuan kerajaan sebanyak 700 juta," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menjelaskan rasional memberikan tawaran projek secara rundingan terus, terutama kepada syarikat yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi.

"Pihak Pemandu telah mengemukakan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009 untuk memperingkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam segala perolehan kerajaan, demi mengurangkan pembaziran dan ketirisan.

"Jadi perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan, bagi mengelak kewibawaan mereka (kerajaan) terus dipersoal," katanya.

Kontrak di Iskandar Malaysia tersebut melibatkan pembelian tanah seluas 14.3 hektar di Kempas, Johor. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment