Tuesday, July 16, 2013

GempaQ!!! Kementerian "Suka2 Tukar" diujudkan..

MP pertikai 3 kali tukar nama kementerian
Ahli Parlimen PKR hari ini mempertikaikan penukaran nama bagi Kementerian Pendidikan yang telah dilakukan hampir tiga kali.

Ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi kementerian itu, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mendakwa, pertukaran nama kementerian yang berubah itu seolah-olah dilakukan tanpa kajian yang teliti oleh kerajaan.

"Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila (bekas) menteri pendidikan pada 1998 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dinyahkan daripada parti pemerintah, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran. Tak ada sebab apa pun. Kajian pun tak ada. Tapi tukar.

"Lepas itu dipecahkan pula dengan dua kementerian. Rakyat terima. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan.

"Jadi Yang Dipertua, apa yang berlaku sekarang seolah-olah tak ada kajian daripada kerajaan seperti tak ada kajian apabila kerajaan kenalkan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasan itu juga, beliau turut mengaitkan pertukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan PPSMI yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.

Beliau turut berkata, individu yang bertanggungjawab untuk "memansuhkan" Bahasa Inggeris di dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenalkan dasar PPSMI iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam yang dilakukan tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat daripada menteri sebelum itu.

"Dan yang bertanggungjawab yang memansuhkan Bahasa Inggeris ialah orang yang sama suruh belajar Sains dan Matematik dalam Inggeris. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya.

Menurut Johari, pada tahun 1969, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan harus menggunakan bahasa Malaysia sahaja. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment