Monday, July 29, 2013

Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel?

Kehabisan diesel berlaku di mana-mana

KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.


Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.

Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.

Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.

"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.

Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.

Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.

Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini. Harakah

KUALA LUMPUR: Hari ini berlaku fenomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.


Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori.

Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel.

Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.

Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di Semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.

SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.

Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respons terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?

Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?

Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.

Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan. Harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment