Para peserta demonstrasi sedang berarak menuju ke Kedutaan Mesir.
Sumber : Peserta demonstrasi
Wakil PAS dan NGO sedang berurusan untuk menghantar memorendum kepada wakil kedutaan Mesir.
Isi kandungan memorandum yang sudah diserahkan kepada pihak kedutaan sedang dibacakan kepada para peserta demonstrasi oleh wakil PAS.
2,000 bantah rampasan kuasa Presiden Mesir
Nazri Abdullah,
26 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi.
Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 5 kilometer.
Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan Mohd Nor, Kamaruzzaman Mohamad, wakil muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan lain-lain.
Himpunan ini turut disertai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Haluan Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) serta Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Abim, Gema dan Aqsa Syarif.
Peserta masing-masing membawa poster Morsi serta kain rentang yang mengutuk tindakan mencabul demokrasi tentera Mesir itu.
Antara lain poster tersebut tertulis 'The President kidnapped, Now showing in Egypt'.
Sementara itu, polis bertindak menutup laluan di hadapan bagunan kedutaan.
Dianggarkan hampir 100 anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) berkawal di jalan masuk menuju ke bangunan kedutaan.
Peserta perarakan yang tiba dihalang masuk ke laluan yang ditutup, dan mereka berkumpul kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan.
Pihak keselamatan hanya membenarkan enam wakil untuk masuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.
Sementara menunggu penyerahan memorandum selesai, beberapa wakil parti dan NGO memberi ucapan kepada peserta dari atas pacuan empat roda.
15 minit kemudian wakil-wakil yang mengadakan pertemuan dilihat keluar dari bangunan kedutaan dan menyertai himpunan. Harakah
Isi kandungan memorandum yang sudah diserahkan kepada pihak kedutaan sedang dibacakan kepada para peserta demonstrasi oleh wakil PAS.
Muhammad Mus'ab Muzahar, Naib Presiden IKRAM Siswa sedang memberikan ucapan.
Presiden IKRAM, Ustaz Dr Parid Syeikh Ahmad sedang memeberi ucapan.
Saudara Jufitri, Naib Presiden ABIM sedang memberikan ucapan.
Wakil Pemuda PAS Gombak turut beramai-ramai turun menunjukkan sokongan kepada Dr. Morsi.
Para muslimat juga turut hadir menyatakan sokongan.
Presiden IKRAM, Ustaz Dr Parid Syeikh Ahmad sedang memeberi ucapan.
Saudara Jufitri, Naib Presiden ABIM sedang memberikan ucapan.
Wakil Pemuda PAS Gombak turut beramai-ramai turun menunjukkan sokongan kepada Dr. Morsi.
Para muslimat juga turut hadir menyatakan sokongan.
Peserta demonstrasi masih berarak ke Kedutaan Mesir. Jarak perarakan kira-kira 3 km.
Laungan takbir dan zikir mengiringi kami.
Lagi Berita Di SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
http://www.youtube.com/watch?v=ZSb7zNZXEq0
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=ZSb7zNZXEq0
ReplyDelete