Sunday, July 14, 2013

Dari Blogger UMNO : PRK N01 Kuala Besut, Kedudukan 16:16 - sampai bilakah speaker akan memberi undi penentu kepada BN

Apologetik BN sampai ke mana?
Kempen PRK N01 Kuala Besut memasuki hari kedua selepas penamaan calon.
Terus terang dari pengamatan saya serta rakan-rakan penulis yang berada di Kuala Besut mengakui bahawa gerak kerja calon Barisan Nasional (BN) lebih kemas dan teratur berbanding calon Pas.
Jentera yang dibawa masuk oleh BN ke Kuala Besut juga memainkan peranan yang besar dengan penampilan tokoh-tokoh bertaraf menteri diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbanding BN, calon Pas Che Long kelihatan keseorangan walau pun dibantu secara strategik oleh pengarah jentera pilihanrayanya, Datuk Husam Musa.

Di mana kesilapan Pas memasuki hari kedua, tidak dapat dikenal pasti.
Mungkin ketiadaan rakan pakatan dari PKR menyuramkan gerak kerja Pas. Atau mungkin ketiadaan kelibat mursyidul am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membuatkan PRK N01 Kuala Besut kelihatan di monopoli oleh tokoh-tokoh BN.

Getus hati kecil saya mengatakan bahawa ‘x-factor’ yang patut ada pada seseorang calon lebih terserlah oleh calon BN berbanding calon Pas. Calon BN lebih menarik perhatian penduduk sekitar Kuala Besut.

Apa pun, tempoh kempen masih panjang.

Yang menarik perhatian saya adalah berkenaan “kempen 16:16”. Untuk perkara ini, BN kelihatan sedikit apologetik.

Melalui media mainstream, akhbar sebagai contoh, melaporkan petikan-petikan tokoh tertentu yang pada pengamatan saya cenderung memihak BN cuba menidakkan faktor 16:16 akan memberi kesan besar terhadap kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau speaker diuar-uarkan punyai kuasa mengundi bagi menentukan kedudukan kerajaan negeri Terengganu jika terikat dengan kedudukan 16:16 kerusi.

Benar! Speaker ‘mungkin’ punyai kuasa undi penentu. Persoalannya, sampai bilakah speaker akan memberi undi penentu kepada BN setiap kali usul khas dibawa oleh 16 lagi ahli dewan undangan negeri (ADUN) pakatan rakyat (PR) ?

Ambil sahaja contoh terdekat iaitu di dewan rakyat baru-baru ini apabila ahli parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar mengusulkan agar pindaan dibuat terhadap titah ucapan DYMM YDPA Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Bergegas perdana menteri serta timbalannya hadir ke dewan menjelang tengah malam bagi memastikan usul tersebut kalah dalam pengundian walau pun YDP speaker terlebih awal menolak usul tersebut.

Kekerapan speaker mencampuri keputusan DUN kelak akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri. Ayat mudahnya, sidang DUN akan sentiasa kucar kacir dengan desakan ADUN pembangkang yang tidak akan melepaskan peluang ini untuk menjejaskan imej kerajaan negeri.

Melainkan BN sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan 16:16 di atas termasuk campur tangan sultan serta kebarangkalian mewujudkan kerajaan campuran, hendak atau tidak, BN AKAN MEMASTIKAN PRK N01 Kuala Besut ini dimenangi oleh mereka.

Untuk mengadakan pilihan raya (negeri) semula ? saya rasakan kebarangkalian itu terlalu jauh.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment