Thursday, July 25, 2013

Dahulu geng Azki sebok tak dapat gaji penoh & lambat tapi skrg lagi teruk..langsung tak dapat..!!!!

Assalamualaikum..
Perjumpaan telah diadakan di kalangan pelajar2 Insaniah di Kuala Ketil utk tujuan sokongan pelajar2 membntah tindakan pihak yg tdk bertanggungjawab mengarahkn pelajar2 muamalat pindak dri Kuala Ketil ke Mergong dan juga masalah pelajar2 jurusan yg lain.. Wakil drpd Pelajar Insaniah Akan menghantar memorandum bantahan kpd pihak2 yg berkenaan..
Antara Pengakuan Staff Tak Dapat Apa..

Selain masalah yang berlaku kpd pelajar Kolej Universiti Insaniah, masalah lain juga turut timbul.. mungkin dikalangan kita yg sudah tahu dan mungkin juga orang ramai yg tiada kemudhn Didlm ruang siber tidk tahu..

Saya berborak dgn seorg kakitangan Insaniah (KUIN). Die cerite ttg sahabatnye.. sahabatnye juga seorg kakitangan Insaniah (KUIN) tetapi telah diberhentikan serta merta sebagai kakitangan Insaniah.. dh la.. gaji tidak dpt 2 3 bln.. sian.. Hutang kereta, juga perlu dibayar.. Tidak pula dipikirkn tentang tanggungan keluarga.. Allah hu Akbar... moge Allah permudhkn..
 
ibunya kasihan akan anaknya dgn pelbagai masalah yg dihadapi.. ibunya memberi emas (sama ada rantai @ pun gelang tgn.. ) kpd anaknya utk menggadaikan emas trsebut supaya blh menjelaskn hutang kereta si anak..(Jasa ibu tdk terbalas.. :)

Nasib Pekerja2 yg lain juga turut dirasai.. Ada Pekerja2 tidak dibayar gaji 2 3 bln.. ade pekerja laki bini dibuang kerja serta merta.. tanpa pampasan.. pekerja2 lain turun dibuang kerja.. BAGAIMANA DGN TANGGUNGAN KELUARGA YG PERLU MEREKA TANGGUNG.. Allahu Rabbi..

Dimanakah belas kasihan pihak2 yg BERTANGGUNGJAWAB ini.. Ini suatu "KEZALIMAN"

kami pelajar Insaniah memohon sahabat2 sebarkan berita ini pda org ramai.. utk memberitahu akn kisah yg benar.. (cerite kt makcik pakcik yg duduk di kampung tu.. huhu.. dn juga pemuda pemudi) biarlah PRU akan dtg org ramai tidak silap memilih Parti. telajak perahu boleh diundur.. telajak memangkah parti, kite semua akan MERASA... Jgn disebabkn politik yg kotor MAHASISWA menjadi mangsa..

Pada bulan keberkatan ini kami mengambil kesempatan agar sahabat sekalian dpt melakukn solat hajat utk memulihkn keadaan Insaniah..
___________________________________________

HAK Pelajar Adalah HAK Kami..
HAK kakitangan Insaniah adalah hak mereka..
___________________________________________

Mohon maaf sekira terkasar bahase..
yang baik datangnya dari Allah yang buruk datang dri kelemahn sye..

wallahu ta'ala a'lam.

STUDENT POWER
Kuin 2013


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment