Sunday, July 28, 2013

Dah 27 tahun, Nih ape cite Najib?

'Lebih baik tinggal atas pokok'
Inin buntu memikirkan untuk mencari tempat berteduh setelah terpaksa berpindah dari rumah usang yang didiami sejak 27 tahun lalu.

KUANTAN – “Kadang-kadang saya fikir kalau dah nasib saya terpaksa keluar dari kawasan yang sudah didiami selama 27 tahun ini saya rasa lebih baik tinggal atas pokok sahaja."

Demikian luahan seorang warga emas, Inin Mahmud, 73, yang hidup sebatang kara di pondok usangnya di Kampung Baru, dekat sini.

Dia sudah tinggal di rumah tersebut yang dibina bersama arwah suaminya sejak 27 tahun lalu kini diarahkan keluar dalam tempoh terdekat bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan.

“Saya sedih kalau terpaksa pindah kerana saya tak ada wang untuk membayar sewa rumah atau bilik.

“Kalau tinggal atas pokok pastinya tak perlu keluar belanja untuk bayar sewa kerana saya memang tak mampu dan tak ada kerja,” katanya.

Dia berkata demikian kepada Sinar Harian ketika rangka lawatan Adun Teruntum, Sim Chong Siong ke Kampung Baru.

Menurut Inin, pendapatan bulanannya hanya bergantung kepada wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 untuk menyara hidup membeli kelengkapan dan makanan.

Katanya, saban hari memikirkan nasibnya sekiranya betul rumahnya akan dirobohkan memandangkan sudah sebulan masa berlalu sejak diberitahu perkara tersebut namun dia masih belum menemui lokasi sesuai.

“Kalau boleh saya memang tak mahu pindah jauh dari kawasan kampung ini kerana setiap dua minggu sekali saya akan berjalan kaki ke pasar untuk beli barang dan juga hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan dan
dapatkan bekalan ubat.

“Biasalah orang tua, macam-macam penyakit ada jadi saya perlu ke hospital sebelum penyakit menyerang secara tiba-tiba, lagipun susah nak dapatkan pertolongan terutama pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Chong Siong berkata, siasatan akan diadakan untuk melihat sejauh mana pembangunan sama ada bangunan atau jalan yang akan dibina di kawasan tapak rumah tersebut seperti mana diberitahu Inin.

“Jika perlu dirunding kami akan cuba berunding sama ada dengan pemaju atau Inin, mungkin juga kita akan mendapatkan tempat perlindungan bagi warga emas yang sebatang kara seperti mana-mana rumah asnaf yang sesuai,” katanya. - SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment