Monday, July 22, 2013

Berita yang Mengejutkan Negara!!

RAYUAN KES LIWAT II...NEGARA DIKEJUTKAN DENGAN PEGUAM UMNO MENGETUAI PASUKAN PENDAKWARAYA!!!!

Amat memelikkan sekali mengapa perlu Peguam Negara menyerahkan amanah dan tanggung jawab kepada seorang peguam kanan yang cukup terkenal dengan nama jolokan Peguam UMNO, mengetuai pasukan pendakwaraya dalam kes rayuan Liwat II di Mahkamah Rayuan hari ini.

Apakah para timbalan pendakwaraya termasuk Peguamcara Negara tidak kompeten sebagai pendakwaraya?

Sebelum ini diwar-warkan betapa Dato' Hanafiah Zakaria dari Jabatan Peguam Negara akan mengetuai pihak pendakwaraya dalam kes rayuan ini.

Perlunya Jabatan Peguam Negara memberitahu kepada rakyat tentang keperluan dan justifikasi melantik dan mengupah peguam luar untuk mengetuai pasukan pendakwara dalam merayuan pembebasan DSAI dalam Liwat II.

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.

Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit.

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa". - omakkau

Baca Artikel Berkaitan : Cubaan Penjarakan Semula Anwar Dengan Rayuan Fitnah 2

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment