Sunday, July 28, 2013

BERITA TERKINI !!! PENGERUSI MYWATCH DI TEMBAK, BELIAU PERNAH DI UGUT PADA JANUARI LALU???..

R Sri Sanjeevan selaku Pengerusi MyWatch yang sebelum ini pernah membuat lapuran polis berhubung ugutan bunuh ke atas beliau sebelum ini telah di tembak petang tadi jam lebih kurang 4 petang di simpang Taman Awana Indah (Taman Cempaka) Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan yang sedang memandu kereta BMW sambil menghisap rokok bersama rakanbernama Ramesh Balakrishnan untuk minum petang telah di datangi oleh sebuah motosikal oleh 2 orang suspek dipercayai berbangsa India. Pembonceng motosikal telahmenembak mangsa dan kena di rusuk kanan.

Setakat ini mangsa dalam keadaan kritikal dan sedang di rawat di hospital.
________________________________________________


Beberapa jam selepas tweet ini, Sanjeevan telah ditembak. Adakah ianya Kebetulan? 
Beliau adalah pengerusi Malaysia Crime Watch Task Force...
Syukur Malaysia Masih Aman.... -Jahar 


31 Jan 2013
Polis siasat dakwaan pengerusi Mywatch diugut ditembak

Polis Negeri Sembilan telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat dakwaan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan baru-baru ini yang polis mengugut untuk menembaknya kerana mendedahkan aktiviti perjudian siber di Jelebu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata Sanjeevan dalam laporan polis yang dibuat pada 29 Januari lepas, juga mendakwa polis daerah Jelebu melindungi aktiviti perjudian di daerah itu.

"Dia mentohmahkan bahawa semasa dia berada di lokasi di mana dilaporkan wujudnya aktiviti perjudian ini telah datang tiga anggota polis tetapi tiga anggota polis ini tidak mengambil sebarang tindakan," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.

Katanya pasukan itu akan menyiasat dakwaan itu secara terperinci bagi memastikan kesahihannya.

Dalam pada itu, Hamdan menafikan polis melindungi pusat perjudian di Jelebu dengan menegaskan polis melakukan 66 serbuan pada 2011, 153 serbuan pada 2012 dan 12 serbuan pada Januari tahun ini.

Berhubung dakwaan anggota polis yang datang ke lokasi perjudian tidak mengambil sebarang tindakan, beliau berkata mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 atau Akta Rumah Judi Terbuka 1953, hanya pegawai polis berpangkat inspektor ke atas sahaja boleh masuk premis dan buat serbuan dan rampasan.

"Jadi, kehadiran ketiga-tiga anggota polis di situ jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa...kalau perjudian siber kita memerlukan pakar judi yang pakar dalam bidang siber, tapi di daerah Jelebu kita tidak mempunyai pakar siber.

"Jadi, kalau maklumat diterima malam tu secara tiba-tiba saja, jadi kita tidak dapat membuat persiapan (dapatkan pakar siber) sebagainya...kita kena buat perancangan dan barulah mengambil tindakan supaya serbuan yang dilakukan itu mendatangkan impak positif," katanya.

- Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment