Thursday, July 18, 2013

Berita Dari FB : 'Mereka tindas kami secara diam'

Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya adalah salah satu pelajar University Insaniah di Kedah, yg baru-baru ni 'Hot issues' kerana puak Umno yg ingin balas dendam dgn kolej kami, (MB Mukhriz) yg tidak mahu memegang usaha pembangunan University Islam yg dahulu dipegang PAS, the point is mereka (puak Umno) egois dan sanggup mempolitikkan masa depan pelajar.

Sekarang pulak ramai pelajar dan lecturer (gaji tdak dibayar 3bulan) dah berhenti, saya yg pelajar akhir tahun ni pun jadi lemah semangat. Ni pun, bnyak kos diberhentikan dan kena pndah balik ke kolej lama. Memang isu ini tak hangat di media TV, akbar sbb mereka tidak mahu kami medapatkan hak kami dan pihak pas menang dlm isu ini. 

Tujuan saya message anda, kerana saya mahu doa dan sokongan kalian yg sememangnya kalian adalah hamba Allah yg tidak mahu hak Islam dan pelajar yg mencari redha Allah dlm menuntut ilmu ditindas begini. 

Kami (pelajar) lain sudah berusaha menghantar bantahan melalui email ke pihak istana, kpm dan pihak kerajaan yg lain, tp sy yakin mereka pasti mengabaikan. Mungkin usaha saya inbox anda, anda dapat repost atau memberi tanda sokongan di page ini (penyokong PR), agar bantahan semakin 'kuat'. 

Saya tknak ckp bnyak, mungkin anda jga pernah dengar tntang isu ini. Maaf, jika ada kesilapan berlaku. *ini pun saya tulis to the point je*. Terima Kasih Malaysian Gags.

'Mereka tindas kami secara diam'

TOLONG SEBARKAN MASALAH KAMI, HAK KAMI, KAMI PERLUKAN SOKONGAN KALIAN.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment