Tuesday, July 9, 2013

Bantuan Lebih RM76 Juta, Kepada Sekolah (SAR), (SJKC) Dan (SJKT) di Selangor +Video

Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan lebih RM 76 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri sejak 2009 hingga Mei tahun ini.
halimah ali sekolah agama purple 01
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Selangor memperuntukkan RM 16 juta setiap tahun dari Kerajaan Negeri kepada ketiga-tiga sekolah berkenaan.

Peruntukan tersebut, katanya, adalah sebanyak RM 6 juta masing-masing kepada SAR dan SJKC manakala RM 4 juta kepada SJKT.

Dr Halimah berkata daripada jumlah RM 76,276,467.80, RM 30,227,772 telah diperuntukan kepada SAR, RM 26,505,000 kepada SJKC dan RM 19,543,695.80 kepada SJKT.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment