Tuesday, July 9, 2013

Apa nazri lupa, duit tu duit rakyat?

Nazri: Tak salah guna wang untuk lawatan luar
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz berkata, tidak menjadi kesalahan jika bekas menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen menggunakan wang peruntukkan bagi kementerian itu untuk membuat lawatan ke luar negara.

Katanya, perkara itu menjadi tugas bagi seorang menteri untuk menggunakan wang peruntukkan dan bukan menyimpannya.

"Bukan kerja kita nak simpan duit. Itu wang yang diperuntukkan tiap-tiap tahun untuk kementerian itu. Bukan kita ambil dari kementerian pendidikan. Tapi itu wang peruntukkan sedia ada. Jadi tak salah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang dibangkitkan Anthony Loke (DAP- Seremban) dalam sesi perbahasan titah diraja di Parlimen hari ini. mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment