Tuesday, July 16, 2013

Apa hasil JK Pembaharuan Undang-undang Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia sejak tahun 2010 hingga 2012.


Demikian soalan bagi jawab lisan Prseiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Lain-lain ahli parlimen PAS yang mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13, iaitu bermula dari tempoh pembubaran Parlimen hingga ke hari mengundi.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pelajar post-graduate tidak boleh terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya kampus.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 2012.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bilakah Kementerian berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seperti RTM tanpa mengira fahaman politik.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan tentang kos dakwat kekal yang telah digunakan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu dan kenapa dakwat yang digunakan mudah luntur.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang telah dilakukan bagi menangani masalah mobiliti kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam pasaran buruh negara.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) berapa banyak projek yang telah diumumkan dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan; dan
(b) berapa banyak kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi menyediakan pengiklanan 1Malaysia melalui 'billboard' di semua lebuh raya.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil bagi membendung atau mengatasi masalah pemilikan atau penggunaan senjata api haram yang mencetuskan suasana dan perasaan yang tidak selamat dalam negara ini.

Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan prosedur dan syarat-syarat pemilihan calon bagi jawatan KSN dan KSU Kementerian.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan tentang reaksi Kerajaan terhadap dakwaan penyelewengan SPR dalam mengendalikan PRU Ke-13 baru-baru ini. harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment