Wednesday, July 10, 2013

Akta Hasutan : Tiada masalah untuk mansuhkan Akta Hasutan?

Saya tak mahu bertelagah dengan Nazri
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata beliau tidak akan bertelagah dengan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung keputusan kabinet untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Katanya, apa yang penting adalah untuk menangani kebimbangan yang timbul berhubung Akta Hasutan.

“Saya rasa kami tidak mahu bertelagah, secara prinsipsny, kami bersetuju... Jika kita dalam menangani isu ini melakui Akta Harmoni Nasional, maka tiada masalah untuk mansuhkan Akta Hasutan.

“Apa yang penting adalah dua aspek ini dipenuhi – pertama ialah kebebasan terjamin dan kedua kestabilan negara dan isu sensitif ditangani,” katanya kepada Malaysiakini di bangunan Parlimen petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai tahun lalu berjanji untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Harmoni Nasional, namun beberapa menteri kabinet menentang usaha berkenaan selepas pilihan raya umum lalu. mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment