Wednesday, June 26, 2013

Zahid!! bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah?

Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan
Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan ESSCOM itu kembali pulih.

Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.

Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.

Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah talian hayat untuk UBN menang di Sabah.

Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad Datu.

Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.

Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan sangup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah tercapai.

Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah? [wm.kl.7:53 pm 25/06/13]

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment