Wednesday, June 19, 2013

Umno Tidak Layak Jadi Perdana Menteri, Kerana Parti Paling Rasis !


Kalau Cina boleh jadi Perdana Menteri sekiranya mereka membuang sifat rasis, ia bermakna Umno tidak boleh jadi Perdana Menteri kerana parti itulah yang paling rasis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Shahidan (Kassim) kata, tidak boleh memimpin kalau hanya menerima kuasa kaum sendiri.

Dia juga kata kalau satu hari orang-orang Cina boleh bebas dari pemikiran seperti itu, orang Cina boleh jadi perdana menteri.

"Dari cakap beliau itu, maknanya orang lain tidak boleh rasis. Umno sahaja yang boleh rasis," kata beliau.

Sedangkan, kata Mahfuz, semua orang tahu kemenangan calon-calon Umno dalam pilihan raya lalu semata-mata disebabkan kejayaan parti itu mengapi-apikan sentimen perkauman.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaku bahawa orang-orang Melayu mengundi Umno kerana mereka amat takut kalau-kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP," katanya.

Malah, katanya lagi, sikap rasis dan perbuatan mengapi-apikan perkauman adalah satu-satunya talian hayat Umno.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Shahidan itu seperti meludah ke langit.

"Hakikatnya, Umnolah yang paling tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana parti itulah yang terbukti paling rasis dan dilihat rasis," katanya.

Walaupun kenyataan Shahidan itu kelihatan menolak sifat rasis, Mahfuz menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan betapa tebalnya sifat berlagak tuan yang sudah sebati dengan Umno.

"Kenyataan itu menunjukkan Umno boleh buat apa sahaja termasuk bersifat rasis kerana mereka Umno. Mereka rasa tidak salah kerana mereka merasa diri mereka tuan dan boleh buat apa sahaja.

"Tetapi kalau orang lain buat, serta merta jadi salah, tidak boleh jadi perdana menteri dan sebagainya" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Shahidan sebelum itu menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang kononnya diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain.

"Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily. Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment