Saturday, June 15, 2013

UMNO akan Jual Bangsa Melayu untuk Kekal Kuasa

Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpin nya semua korap dan rasuah?
Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampong UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.
Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah diserata tempat. Hanya orang UMNO bercakap mengenai mulia nya institusi raja2 Melayu tapi pada masa yang sama mengibaratkan raja2 Melayu sebagai anjing.
Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?
Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung2 bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain- haramjadah.
Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham2. Calun2 UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calun2 UMNO.
Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calun2 UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.
Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calun UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.
Fakta nya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggu lah.
Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima kenangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.
Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO di strukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang diatas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.
Dalam kawasan yang tidak di tandingi oleh calun UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calun MCA( menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong cakun MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira2 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000.
Wa hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara lansung dan tidak lansung (melalui sekutu2 BN) ialah 3.2 juta.  3.2 juta sama jumlah nya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.
Setelah belanja berbilion Ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutama nya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1juta sahaja pengundi Melayu.
Ringkasan keputusan PRU13- data terpilih.
PARTI
UNDI(JUTA)
% UNDI
KERUSI
%KERUSI
BARISAN NASIONAL
5.24
47.4
133
59.9
UMNO
3.24
29.32
88
39.64
PUBB
0.23
2.10
14
6.31
MCA
0.89
8.14
7
3.15
PRS(swak)
0.06
0.54
6
2.7
MIC
0.29
2.64
4
1.8
Pakatan Rakyat
5.62
50.88
89
40.09
DAP
1.74
15.71
38
17.12
PKR
2.25
20.39
30
13.5
PAS
1.63
14.77
21
9.46
TOTAL
11.27
100
222
100
Sumber: SPR

Kalau MIC, PBB dan yang lain2 tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikens perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga diri nya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.
Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. - sakmongkol

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment