Sunday, June 16, 2013

Ukur tanah Sarawak agenda basi, BN tandus idea

Tanah_AdatPengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk mengukur tanah adat Sarawak menunjukkan Barisan Nasional (BN) membawa agenda basi dan ketandusan idea untuk membantu rakyat.

“Saya tidak melihat pengumuman Najib itu sebagai sesuatu yang baru,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Katanya, sejak sekian isu pemilikan tanah adat telah diperjuangkan rakyat Sarawak. Justeru, kenyataan Najib hanya mengulangi agenda yang gagal diselesaikan.

“Sebelum ini pun kerajaan negeri dan pusat berjanji untuk memberikan geran. Tetapi janji tinggal janji.

“Sehingga sekarang masih ramai penduduk yang mendiami kawasan tanah lebih 40 tahun dan masih tidak mendapat geran,” katanya kepada Keadilandaily.

Nazib mengulas rancangan kerajaan Pusat untuk memperuntuk dana berjumlah RM30 juta bagi mengukur perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak mulai 2014.

Difahamkan ia adalah tambahan peruntukan RM 60 sehingga tahun 2015 bagi membolehkan 680,000 hektar tanah adat di negeri diukur.

“Kos yang diperuntukkan bagi tujuan ukur amat tinggi, tetapi masih gagal diselesaikan sehingga hari ini.

“Ini bukan bukti keprihatinan BN. Isu tanah ini adalah isu lama dan terus menjadi masalah yang dihadapi penduduk sehingga sekarang,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53411

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment