Tuesday, June 18, 2013

Tak Habis-Habis UMNO Takutkan Orang Melayu, Hina Kaum Cina

NONE
DAP menafikan tuduhan jahat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan masyarakat Cina negara ini berjaya didoktrinkan dengan “perkauman melampau” oleh parti itu.

Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily semalam, Shahidan antara lain mendakwa jika masyarakat Cina negara ini boleh membuang mentaliti “perkauman melampau” seperti yang ditanam DAP, beliau percaya suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri berketurunan Cina.

Menjawab tuduhan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, ini tidak lain hanya satu kempen propaganda jahat UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat serta memecah-belahkan perpaduan.

“Mereka (pemimpin UMNO) terus menakut-nakutkan orang Melayu dengan dongengan akan kehilangan kuasa.

“Sangat jelas ini juga satu perbuatan menghina masyarakat Cina negara ini. Mereka seolah-olah digambarkan UMNO sebagai sekumpulan masyarakat yang gila kuasa dan tamak untuk merebut jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Sebaliknya, menurut Pua, perkara sebenar yang menjadi kekhuatiran pemimpin UMNO yang sebenar ialah seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menentang amalan rasuah dan kronisme di kalangan elit parti pemerintah itu.

“Sebab itu mereka takut, sangat terdesak dan perlu pecah-belahkan perpaduan rakyat,” kata Pua..

Beliau berkata, UMNO harus sedar bahawa orang Cina memberi undi kepada PAS bukan kerana parti itu parti Cina, begitu juga dengan orang Melayu yang mengundi DAP.

Ini termasuk sokongan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau juga mempertikaikan mengapa ketika orang Cina kuat bersama MCA mereka tidak dicop perkauman.

“Sekarang, bila orang Melayu semakin ramai memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), Tun Mahathir pula menuduh ianya merupakan kejayaan propaganda DAP terhadap golongan terpelajar Melayu,” ujarnya.

“Ini semua karut,” kata Pua yang mengulangi pendirian bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum yang mengamalkan ideologi demokrasi sosial dan bukannya berasaskan kaum seperti UMNO, MCA atau MIC.[Roketkini]

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment