Thursday, June 20, 2013

Syiah : Adakah Anda Masih ingat pada kenyataan Menteri yg Menjaga Agama ini???

Apabila Pemimpin Jauh Dgn Penghayatan Islam Maka Keluarlah Kenyataan Yg Jahil Tukir Dr Mulutnya.....

Take Note !!! : Isu pergolakkan Syiria bukan sahaja melibatkan kezaliman Basyar laknaktullah kepada umat islam tetapi ia melibatkan soal akidah umat Islam Ahli Sunnah Wal Jammah....

Jangan ada yg mahu menyokong dgn kenyataan pemimpin yg benggong ning....

[ Istihar Jihad Kpd Rejim Basyar Laknaktullah ] ... ALLAHU AKBAR !!!
SUMBER

Pengikut Syiah dilarang sebar fahaman, bebas untuk mengamalkan: Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.

Ia termasuk menyebarkan fatwa yang sudah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.

Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. - BERNAMA

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment