Thursday, June 13, 2013

Speaker : Akhirnya Umno tunduk kepada MIC?

IPOH: PAS Perak merakamkan ucapan tahniah kepada MIC Negeri Perak kerana telah memastikan kedudukan kerusi speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masih kekal diberikan kepada mereka.

Timbalan Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, walaupun 'drama' kerusi speaker DUN Perak yang berbaur perkauman itu telah menimbulkan konfik dan percakaran sesama sendiri antara mereka, namun akhirnya ianya mengutungkan MIC walaupun parti itu lemah di Perak.

“Umno tidak mampu menafikan kemahuan 'besar' MIC yang tidak memenangi apa-apa kerusi di Perak dalam PRU13 lalu.

“Kami secara jujur boleh meletakkan kelemahan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir walaupun dengan kedudukan Umno di dalam BN yang menjadi tonggak, akan tetapi Umno dilihat 'tunduk' kepada MIC,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan di mana perginya Pemuda Umno Perak serta Perkasa yang membisu seribu bahasa tentang konfik ini yang sebelum ini lantang bercakap soal melayu.

Kata Raja Iskandar, Pemuda PAS ingin mengetahui siapakah yang berkuasa melantik speaker Dun Perak dan siapakah yang paling layak untuk memegang kerusi tersebut jika bukan daripada MIC.

“Kami 'bangga' dengan Kerajaan Negeri 'Melayu' Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry, namun kami mempersoalkan adakah juga speaker DUN Perak kelak bukan MIC.

“Hanya Datuk Seri Zambry yang mampu menjawab persoalan tersebut dan pada 28 Jun nanti akan terserlah 'drama' yang menjadi bahan ketawa rakyat Negeri Perak.

“Sudah tentu juga seluruh dunia sedang menanti sidang Dun pertama di Perak untuk mengetahui apa yang akan berlaku dan siapakah speaker DUN Perak nanti,” jelasnya lagi. SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment