Tuesday, June 18, 2013

Runtuhan penebat kilat : TUJUH hari diberikan kepada pemilik Menara Umno Pulau Pinang unt kemukakan laporan terperinci

Lapor Menara Umno P.Pinang runtuh tujuh hari : Guan Eng
"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA," 

TUJUH hari diberikan kepada pemilik Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Machalister di sini untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai insiden runtuhan sebahagian konkrit serta penebat kilat atau sedia berdepan tindakan lanjut daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika gagal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri serta orang awam wajar diberitahu mengenai perkara sebenar di sebalik insiden yang meragut dua jiwa itu.

"Ini (bahagian runtuhan) adaah dalam satu strukur konkrit (bersama-sama bangunan menara), bukannya binaan tambahan.

"Sepatutnya konkrit itu stabil dan tidak runtuh," ujar Guan Eng di Komtar, George Town tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnan, Prof.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut hadir pada sidang media itu.

Hadir bersama, hampir semua Exco Kerajaan Negeri serta kepemimpinan kanan MPPP.

Bekas Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Datuk K.K.Lim turut memberikan maklum balas awal di sebalik insiden tersebut.

Terdahulu, insiden runtuhan itu berlaku pada 13 Jun lepas, kira-kira jam 6.30 petang.

Bangkai runtuhan yang dikenal pasti adalah konkrit bahagian atas menara sepanjang 58 meter, termasuk 28 meter tiang penebat kilat.

Seharian kemudian, MPPP mengeluarkan notis di bawah Syeksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 kepada empunya bangunan, iaitu Tetuan JKP Sdn. Bhd.

Dalam notis itu, empunya menara diminta "menghapuskan kacau ganggu yang berterusan" di sekitar Mechalister di sini.

Arkitek menara itu, T.R.Hamzah & Yeang Sdn. Bhd. dan jurutera perunding, Tahir Wong Sdn. Bhd. yang bertanggungjawa ke atas menara itu turut menerima notis MPPP bagi menghapuskan kacau ganggu di kawasan kejadian.

Guan Eng berkata, MPPP pada 10 Mei 2011 pernah menghantar surat kepada tetuan JKP Sdn. Bhd. untuk mendapatkan laporan pemeriksaaan kestabilan dan keselamatan bangunan tersebut, tetapi gagal disediakan oleh pihak berwajib itu.

Katanya, permintaan MPSP berdasarkan Seksyen 85(A) Akta Jalan, Parit & bangunan, 1974 sebenarnya wajar disegerakan oleh empunya bangunan.

"Pihak berkenaan mengemukakan rayuan untuk meminta tempoh masa melantik Jurutera Perunding dalam menyediakan laporan, tetapi, setakat ini masih tiada laporan dikemukakan kepada MPPP.

"Insiden ragut dua nyawa, MPPP syaki ada kelemahan dan pengabaian (laporan pemeriksaan bangunan tiada)," ujar beliau sambil berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan berwajib dalam tujuh hari. - faqar

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment