Friday, June 28, 2013

PRK Kuala Besut : PAS boleh menang kata Prof UKM

Kerusi DUN Kuala Besut dah kosong kerana kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar. PRK Kuala Besut tentunya amat sengit. Umno akan mempertahankan habis-habisan kerusi tersebut dan PAS tentu berjuang habis-habisan untuk merampasnya.

Walaupun peluang PAS sukar dengan majoriti lebih 2400 dalam PRU sebelum ini, Prof UKM ini melihat sebaliknya.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon kerana Pas perlu meletak calon ‘heavyweight’ di kerusi tersebut.

“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas. Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” kata Prof Madya Datuk Dr Samsul dipetik dari Sinar Harian

Sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas, katanya lagi.

Tentunya semangat Wahid Endut yang berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan PRK terdahulu masih kuat bersama PAS. Orang-orang Kuala Besut juga perlu memilih PAS untuk melihat suasana politik baru dalam negara, bagaimana situasi tersebut diatasi. Orang-orang Kuala Besut juga boleh mencipta sejarah dengan situasi ini. Jangan bimbang, Terengganu juga taklah ‘binasa’ dengan 16-16. Ekeleh

Tidak mustahil PAS menang PRK Kuala Besut

KUALA LUMPUR: Kemenangan bukan suatu perkara yang mustahil dalam suatu pilihan raya kecil (PRK), kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Ini, katanya kerana PAS mempunyai pengalaman dan pernah menang pada PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Yang penting, kata beliau, apa juga strategi yang digunakan, matlamat PAS adalah untuk meningkatkan undi dan menjadikan undi PAS lebih banyak daripada BN.

"Kita nak tambah undi kita. Kita berusaha ke arah menambahkan undi kita. Tambah undi, kena undi kita lebih banyak dari BN. Kita akan sepakat seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

“Cara-cara kempen itu, cara biasa dalam pilihanraya untuk mendapatkan undi rakyat," jelasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengenai PRK Kuala Besut yang bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut ekoran kematian wakilnya, Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Oleh itu, beliau mahu supaya seluruh cawangan, jentera dan ahli-ahli PAS, khususnya di kawasan Besut dan Dun Kuala besut supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi PRK Dun berkenaan.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata walaupun menurut rekod PAS hanya menang dua kali di Dun Kuala Besut tetapi tidak mustahil PAS boleh mencipta sejarah dan menang buat kali ketiga.

"Bukan perkara yang mustahil untuk menang kali yang ketiga. Apa yang berlaku sekarang ini, bukan sahaja Kuala Besut, Dun-dun lain pun begitu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat PAS negeri di Kuala Terengganu, semalam. Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment