Monday, June 17, 2013

Polis bantuan untuk pemaju, tapi tidak untuk Pakatan?

tony pua yeo bee yin crime police 160613
ADUN Damansara Utama , Yeo Bee Yin mempersoalkan tindakan pihak polis meluluskan pasukan polis bantuan kepada syarikat pemaju perumahan tetapi didakwa bersikap sebaliknya terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, The Star melaporkan bahawa syarikat pemaju SP Setia menerima kumpulan pertama 120 anggota polis bantuan, yang akan ditempatkan di projek-projek perumahannya di Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

"Jika SP Setia, Sunway dan semua pemaju ini boleh mengupah polis bantuan, mengapa tidak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)?" kata Yeo (kanan) sambil mendesak kerajaan supaya segera meluluskan permohonan tersebut.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar hari ini bersama sekumpulan pemilik restoran di Petaling Jaya, yang bimbang dengan rompakan yang mensasarkan mereka.

Beliau berkata, MBPJ telah memohon kepada ketua polis negara untuk menubuhkan pasukan polis bantuan pada 2009 tetapi ia ditolak pada tahun berikutnya.

MBPJ memohon sekali lagi pada tahun 2012 dan masih belum menerima sebarang jawapan. Majlis Bandaraya Subang Jaya juga berdepan dengan nasib yang sama.

Manakala, katanya, Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Perbandaran Melaka (MBM) sudahpun mempunyai pasukan polis bantuan mereka.

"Jika MBJB dan MBM, yang berada di negeri di bawah BN boleh mendapatkan polis bantuan mereka, mengapa tidak MBPJ di bawah Pakatan Rakyat? Adakah mereka mengutamakan politik mereka daripada keselamatan penduduk di sini? "Katanya. - Mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment