Thursday, June 20, 2013

PERISTIWA 20 JUN : Darurat dan Kemerdekaan

Pada malam 20 Jun 65 tahun yang lalu, setelah mengisytiharkan Undang-undang  Darurat, penjajah British telah melakukan penangkapan secara menyeluruh diseluruh negara. Aktivis-aktivis kiri yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air direngkokkan ke dalam penjara. Inilah peristiwa 20 Jun, penindasan besar-besaran ke atas gerakan kemerdekaan.

penjajah British dan anjing buruannya sedang melakukan penggeledahan
Dalam bukunya yang bertajuk Darurat dan Kemerdekaan, Pak Abdullah C.D. telah merakamkan sedikit pengalamannya ketika itu.

Kerana perjuangan menentang penjajah British untuk kemerdekaan terus berkembang sehingga tidak dapat dikawal lagi, maka pada 18 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik  (golongan kiri) semuanya diharamkan. Antaranya PKM, PKMM, PETA, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin, New Democratic Youth League (NDYL), kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain.

Pada 20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangkapan secara besar-besaran ke atas kader-kader dan anggota-anggota parti atau pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik seperti PKM, PKMM dan lain-lain. Di antara mereka ada yang dipenjara, disiksa, dihukum gantung dan dibuang negeri.
Penangkapan besar-besaran ini telah memberikan pukulan yang paling berat ke atas
kekuatan patriotik-demokratik bahagian Melayu. Tiga orang pemimpin penting bahagian Melayu PKM yang hadir dalam Kem Se-Malaya telah ditangkap. Kamarulzaman ditangkap pada 20 Jun 1948, saya ditangkap pada 10 Julai 1948 dan Rashid Maidin juga ditangkap dalam bulan yang sama.

tawaran untuk menangkap Abdullah C.D.
Mujurnya dalam pergelutan yang menentukan hidup mati itu, saya berjaya melucutkan gari dan melarikan diri; Rashid Maidin berjaya melarikan diri pada tahun 1951 manakala Kamarulzaman yang pada mulanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati telah diubah menjadi penjara seumur hidup.
Rakan-rakan seperjuangan yang lain juga dalam PKMM dan PKM ramai yang menjadi mangsa penangkapan tersebut. Antara mereka termasuklah Ishak Haji Mohd, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Cikgu Sabrun, Osman Bakar, Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Ustaz Yahya Nasim, Taharuddin, Kamaruddin, Bizar Ahmad,  Sutan Djenain, Khatijah Ali dan lain-lain. Ketika itu seluruh negara telah ditenggelami dalam suasana terror putih, penindasan dan penangkapan terus-menerus berlaku di mana-mana.
Boestamam digiring ke penjara

Sungguhpun begitu, UMNO, parti politik Melayu yang pro-penjajah tidak menjadi sasaran Undang-undang Darurat. Undang-undang tersebut di samping menekan parti-parti politik patriotik-demokratik yang memperjuangkan kemerdekaan juga telah meletakkan batu loncatan kepada UMNO untuk melompat ke panggung politik tanpa sebarang saingan. Mulai dari sinilah ia tampil ke muka sebagai pembela orang Melayu.

Lagi kisah SEJARAH di Kini Dan Silam

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment