Tuesday, June 18, 2013

PERANGKAP MEMANG MENJADI : SPAD SETUJU TAMBANG BAS DINAIKKAN BERKUATKUASA 8HB JULAI 2013!!!! +Video


SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI, KERAJAAN UMNO/BN MELALUI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) SETUJU TAMBANG BAS DINAIKKAN 10% BERKUATKUASA 8HB JULAI 2013!!!!

Tahniah diucapkan kepada para penyokong UMNO/BN... kerana undi kalian umat Melayu/Islam yang nak beraya Aidil Fitri balik kampong halaman menggunakan perkhidmatan bas akan kena bayar lebih 10% dari kadar semasa.

Inilah hebatnya UMNO yang memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Slogan Rakyat di Dahulukan.. Tradisi Membela Rakyat...

Ikut hukum akal logik...yang balik kampong beraya pada Aidil Fitri ini hampir 100% orang Melayu beragama Islam.. Yang majoriti menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu juga adalah warga Melayu/Islam yang duduk di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan Felda.

Sudah pasti menjelang tiba Aidil Fitri warga kota yang tidak berkemapuan nak balik kampong terpaksa guna khidmat pengangkutan bas..

Adakah cara begini UMNO membalas budi baik masyarakat Melayu/Islam yang berkerja keras mau memenangkan UMNO/BN?..TEPUK DADA TANYA IMAN... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.

Saksikan Video ini :
Petikan :Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," Klik [ SINI ]

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan. Sumber 

Artikel Berkaitan : 
1. Kembalikan subsidi minyak kepada bas ekspres 
2. Pengguna rayu tambang bas tidak dinaikkan

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

  1. itu biasalah...taktik dia orglah.....mohon naik tinggi2...kemudian hishamuddin komen....tak patut...tak patut....naikkan tambang bas......tak patut....sampai 30%...tapi 10 % okeylah..maka.....akhirnyer....lembu2 UMNO/BN tertipu ngan lakunan2 lintah2 darat nie........haaaa...itulah undi lagi......

    ReplyDelete