Saturday, June 15, 2013

Panas!! Sah TPPA Kerajaan Sembunyi Isu Besar


TPPA: MTEM bertindak keluar mesyuarat dengan MITI
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).
"Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".

MTEM telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada

dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.

Nizam berkata meskipun MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut, tetapi tegasnya mungkin tidak ada rundingan yang bermakna jika kerajaan enggan mendedahkan sebarang maklumat, kerana sokongan terhadapnya akan akhirnya menjejaskan pengguna dan perniagaan di Malaysia.

"MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak industri, tetapi apa yang anda maksudkan dengan perundingan? ... Jika teks (perjanjian itu) tidak didedahkan, maka perundingan tidak boleh diadakan...," kata Nizam dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, walaupun mereka tidak dapat memberi teksnya, tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu memberitahu pihaknya perkara penting yang sedang dirundingkan.

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

Menurutnya, semasa mesyuarat itu, para pegawai MITI mempersalahkan "NGO" yang didakwa telah mengelirukan pihak media dan pembangkang mengenai perjanjian perdagangan itu, tetapi ia tidak secara khusus menyebut MTEM. ~mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment