Friday, June 14, 2013

Panas!! "RUNTUH" : Kini terbukti projek "Kroni LGE" terlibat? +Video

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Gambar-gambar dan Video suasana angin ribut menyebabkan runtuhnya pencawang Bangunan Umno Penang.
Runtuh lagi,,,, sebelum ini Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh,,, maka keluarlah cerita syarikat kontraktor yang menjalankan projek tersebut kroni Lim Guan Eng...

Allah maha kaya...
Tak sampai sepuloh hari, petang semalam Allah bagi lagi sekali...
Apa pula alasan cai-cai umno..... any comment.. Manjung Mari
Pulau Pinang dah mengejar Terengganu. Runtuh sesaja nampaknya.. wakaka
Apa jadi jika semua itu membabitkan kerajaan PR Penang?????
Pastinya meletup-letup pak menteri menyindir di tv. - GP
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
GEORGETOWN -[Dikemaskini] Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.

“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.

Pemandu lori gas Jahir Hussain Sulaiman, 40, yang cedera dalam kejadian antena runtuh di Jln Macalister Georgetown telah meninggal dunia

updated 9.00 mlm:

GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu. ~SH

TUJUH pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kejadian tiang penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang tadi. Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang.

Dipercayai bahagian bumbung Ibupejabat UMNO Pinang setinggi 25 tingkat yang tumbang. Impak dari menara besi daripada ketinggian itu semacam gempa bumi. Kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang semenjak 6.00 petang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang. - PKRL

Video : Struktur  atas Bangunan Umno Penang runtuh




Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment