Friday, June 21, 2013

Panas!! Khairy Jamaluddin lepaskan jawatan??

KJ umum dalam masa terdekat
PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada akan mempertahankan jawatannya itu, pada pemilihan parti kali ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding

"Saya sedia maklum cadangan dibuat rakan dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya saya terus pegang jawatan itu.

"Sama ada saya akan bertanding pada pemilihan kali ini, itu saya akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata atas dasar demokrasi yang diamalkan Umno sejak sekian lama beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua Pergerakan itu.

Malah, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding. - Bernama

Khairy Jamaluddin sedia lepaskan jawatan KP pada pemilihan akan datang
Khairy ini jenis penakut. Dilampirkan artikel tahun 2010.
Khairy Jamalauddin berkata beliau sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti yang akan datang.

Bercakap dalam interbiu dengan Agendadaily di ruang rehat di bangunan Parlimen Selasa, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini....

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.

Khairy menafikan langkah yang dilihat untuk ‘ tarik hand brake’ dalam karier politiknya itu kerana merajuk.

“Oh tidak. Kalau saya merajuk, saya terus berhenti dari politik. Tetapi saya tidak ada niat nak berhenti politik,” katanya.

Khairy ganti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah memenangi jawatan itu dalam peertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam pemilihan parti yang lalu.

Jawatan nombor dua yakni Naib Ketua Pemuda sekarang disandang oleh Datuk Razali Ibrahim,yang juga Ahli Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Apabila ditanya tidakkah tempoh beliau memegang jawatan nombor satu dalam Pergerakan Pemuda UMNO itu telalu singkat, Khairy berkata soal sama ada tempoh itu pendek atau sebaliknya adalah relative.

“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.

“Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO.

Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.

“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.

“Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,” katanya.

MALAYSIA NEWS KHAIRY JAMALUDDIN PENIPU - KLIK SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment