Saturday, June 15, 2013

Panas!! Iklan McDonald's Kantoi kan Datuk Bandar KL


Iklan McDonald's dedahkan penipuan DBKL?
PELBAGAI alasan diberikan untuk menghalang penganjuran Himpunan Aman Black 505 yang dijadualkan pada 22 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Hasil rundingan oleh pihak penganjur dengan DBKL sebelum ini telah menyebabkan himpunan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun itu ditunda ke 22 Jun.

Alasan terbaru yang diberikan untuk menolak kelulusan himpunan itu ialah kononnya Majlis Olimpik telah menempah Dataran Merbok sejak tahun lalu bagi menganjurkan satu acara larian.

Namun sebuah Iklan yang disiarkan oleh portal McDonald's tentang acara larian yang dimaksudkan nampaknya mendedahkan perkara sebaliknya.

ReJaM "Siapa tipu? DBKL atau McDonald's? " - Milosuam

Siapa yang bohong? Siapa yang bercakap benar?
Sila lihat apa yang tertulis pada blog dan facebook berikut:
ADA SEBUT PADANG MERBUK? ( MCDONALDS)

Majlis Oympic Malaysia pun ada war-warkan program tersebut:
ADA SEBUT PADANG MERBUK? ( MOM)

Ini pula keratan berita dari Institut Sukan Negara:
ADA SEBUT PADANG MERBUK? (ISN)

Tapi apa kata Datuk Bandar KL?
PADANG MERBUK 23 JUN 2013 TELAH DITEMPAH! (MALAYSIAKINI)

Kenapa jadi kalut ni?
Salah McDonalds? Tidak. Syarikat ini nak buat CSR. Bukan kali ni saja buat.
Salah Majlis Olympic Malaysia? Tak juga. Demer nak promote sukan. Dah lama dirancang.
Institut Sukan Negara pun dapat maklumat tentang lokasi yang salah juga?

Atau...

Datuk Bandar KL sedang mengalami masalah memahami Bahasa Inggeris?
Bukankah nama Padang Merbuk dan Dataran Merdeka ditulis dalam Bahasa Melayu?
Adakah McDonalds buat program larian bersama Majlis Olympic Malaysia di Padang Merbuk, tapi letak iklan di Dataran Merdeka?

Kenapa payah sangat nak melaksanakan hak rakyat untuk berhimpun ni?


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment