Monday, June 10, 2013

MCA Kedah tidak sertai kerajaan sehingga selesai pemilihan

MCA Kedah tidak sertai kerajaan sehingga selesai pemilihan
ALOR SETAR - MCA Kedah belum boleh menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri sehingga selesai pemilihan jawatankuasa yang baru.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, pihaknya terpaksa menunggu sehingga selesai pemilihan pada bulan Disember sebelum membuat keputusan.

“Setakat ini, kita tidak menyertai kabinet dan kerajaan.

"...tetapi selaku parti komponen, saya ucapkan tahniah kepada Umno sebab menang dengan prestasi yang baik untuk kembalikan kuasa di Kedah pada PRU13,” katanya pada sidang media di majlis kesyukuran kemenangan BN peringkat Parlimen Alor Setar, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, hari ini.

Menurutnya, MCA akan menjalankan pemilihan jawatankuasa baru terlebih dahulu di peringkat cawangan (Julai), bahagian (September) dan pusat (Disember) yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

“Selepas pemilihan peringkat pusat selesai, baru kita bincang status MCA di Kedah sama ada mahu menerima jawatan exco atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kita masih kekalkan dengan pendirian dan resolusi MCA untuk tidak menyertai kerajaan. walau apapun, kita akan terus sokong BN dan duduk satu meja,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta MCA membuat keputusan segera berhubung pelantikan wakil parti itu dalam barisan Exco.

Mukhriz berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah, masyarakat Cina tidak mempunyai wakil dalam barisan exco bagi membantu kerajaan negeri.

Beliau menghormati keputusan itu dan pada waktu sama berharap MCA dapat membuat keputusan secepat mungkin.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mahu wakil MCA dilantik dalam kabinet dan Exco berikutan prestasi buruknya dalam PRU13.

Berdasarkan keputusan PRU13, MCA hanya menang di Dun Gurun dan Kulim manakala kerusi Dun Kota Darul Aman, Derga dan Parlimen Alor Setar kalah. SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment