Saturday, June 15, 2013

MB Kelantan dan Pemuda PAS sokong himpunan Black505..


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan yang menentang dan membantah penyelewengan pilihan raya umum.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap itu.

Nasrudin berkata, sokongan itu dinyatakan kerana pihaknya berpandangan pilihan raya perlu dilaksanakan dengan adil dan telus, tanpa sebarang penyelewengan dan salah laku.

"Kita menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan rakyat jika pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan tanpa salah laku. Kalah menang dalam pertandingan itu kita terima," kata beliau kepada media.

Justeru, beliau menyatakan sokongan kepada himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.

Sementara itu, menyentuh soal larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan pada tarikh tersebut, Nasrudin hanya menyerahkan kepada pihak penganjur.

"Kita serahkan kepada penganjur. Jika mereka meneruskan himpunan aman itu di situ, kita teruskan. Begitu juga jika mereka pinda tarikh atau sebagainya," tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS turut menumpukan perhatian khusus berhubung daftar pemilih dan undi awal bagi persiapan sayap itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, penumpuan itu akan diberikan bersama jawatankuasa postmortem
yang dibentuk Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS yang turut memberi input kepada jawatankuasa postmortem di peringkat pusat.

Sidang media itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - Harakah


MB Kelantan sokong himpunan nyatakan kebenaran.
KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyokong usaha rakyat di negeri ini yang berhimpun bagi menegakkan kebenaran kerana Islam adalah agama yang mengesyorkan umatnya berkumpul.

Beliau berkata, usaha seluruh masyarakat terutama pemuda termasuk Gabungan Profesional Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan atau R dan Kekal Kerajaan Kelantan (K) amat dihargai.

“Suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, kebangkitan anak muda memberi keadaan menakutkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan ini memberi amaran kepada mana-mana pihak, bahawa penipuan tidak disukai sesiapa pun.

“Kita berkumpul untuk menyatakan kebenaran dan dalam Islam kita berkumpul serta mengadakan solat jemaah, menggunakan azan untuk memanggil umat dalam menyatakan kebenaran dan Islam adalah agama kita berkumpul,” katanya semasa berucap dalam perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan, di Ketereh, di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, pihaknya berkumpul bagi menyatakan kebenaran termasuk pada hari raya dan perhimpunan diadakan secara aman bagi menyatakan hasrat jiwa serta perasaan masyarakat.

“Keadaan berkumpul ini menyatakan bagaimana jika kita tidak diberi keadilan dan ia dilakukan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Kita berkumpul di Padang Arafah setahun sekali, berkumpul pada hari raya dua kali setahun, berhimpun pada Jumaat setiap minggu dan berkumpul di masjid lima kali sehari,” katanya.

Kata beliau, perhimpunan dilakukan kerana ia adalah syiar dalam Islam dan dalam keadaan aman, rakyat Kelantan berhimpun dalam memberi sokongan dan usaha tersebut amat dihargai pihaknya. - @TjK...

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment